TH pindahkan RM19.9 bilion aset ke SPV - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Tuesday 11 December 2018

TH pindahkan RM19.9 bilion aset ke SPV


KUALA LUMPUR - Pemindahan aset kurang berdaya saing milik Lembaga Tabung Haji (TH) ke Syarikat Tujuan Khas (SPV) mampu mempercepatkan pemulihan status kewangan TH pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset berjumlah kira-kira RM19.9 bilion itu merangkumi hartanah dan ekuiti akan dipindahkan ke SPV yang merupakan hak milik kerajaan.

Menurutnya, sebagai pertukaran, SPV akan mengeluarkan Sukuk tujuh tahun bernilai RM10 bilion dan RM9.9 bilion dalam saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-i).

“Aset yang dipindahkan dikenal pasti melalui dua kriteria. Untuk hartanah, ia adalah untuk tanah yang memberikan hasil kurang daripada dua peratus.
“Untuk ekuiti pula, ia bagi yang nilainya sudah terjejas melebihi 20 peratus. TH menyasarkan akan melengkapkan semuanya pada penghujung Disember ini.

“Selepas pemindahan itu selesai, TH akan dapat seimbangkan akaun dengan aset sama banyak dengan liabiliti,” katanya dalam sidang media di Menara Tabung Haji, di sini, petang tadi. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...