Kerajaan sedia laksana pakej rangsangan ekonomi tambahan jika perlu - Muhyiddin - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Tuesday 1 September 2020

Kerajaan sedia laksana pakej rangsangan ekonomi tambahan jika perlu - Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia melaksanakan pakej rangsangan ekonomi tambahan dan inisiatif-inisiatif lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi kekangan ekonomi sekiranya ada keperluan dan kewangan negara mengizinkan. 


Perdana Menteri berkata keprihatinan kepada rakyat adalah prinsip utama yang diberi perhatian oleh beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas menerima mandat sebagai perdana menteri.


"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil berat tentang rakyat tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Ini  keutamaan saya yang paling penting.
“Apa yang telah saya lakukan dalam tempoh enam bulan lepas adalah berasaskan prinsip ini. Saya bukan sahaja perlu menjaga kesejahteraan rakyat tetapi juga mata pencarian mereka,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan penutupan Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di sini hari ini.


Konvensyen anjuran Pertubuhan Intelektual Negara itu turut dihadiri Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dan Presiden PAS.
loading...
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...