AS Akan Dakwa Lelaki Desak Gugur Siasatan 1MDB, Kata Laporan - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Tuesday 1 September 2020

AS Akan Dakwa Lelaki Desak Gugur Siasatan 1MDB, Kata Laporan


Pendakwaraya persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan mendakwa seorang pengumpul dana Republik atas tuduhan cuba mempengaruhi kerajaan AS atas nama kepentingan asing termasuk kes skandal 1MDB.
Menurut laporan Washington Post yang memetik sumber, Elliott Broidy sedang disiasat atas dakwaan peranannya dalam sebuah kempen untuk meyakinkan pegawai atasan pentadbiran Presiden AS Donald Trump untuk menghentikan siasatan terhadap 1MDB.


Beliau juga dalam pemeriksaan kerana mendesak ekstradisi Guo Wengui, seorang pengkritik yang lantang dari Beijing, untuk kembali ke China.
Kes terhadap Broidy semakin tegang kebelakangan ini selepas pihak pendakwa merekod pengakuan bersalah salah seorang rakannya, wanita bernama Nickie Mali Lum Davis.
Davis mengaku ikut serta dalam apa yang disebut oleh pendakwa sebagai “melobi kempen melalui saluran belakang” untuk mengakhiri siasatan terhadap 1MDB dan mengembalikan Guo yang dibuang negara asalnya.
Laporan itu menyebut berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan ke atas pengakuan bersalah Davis, Broidy didakwa melobi supaya Guo dihantar pulang dari AS atas permintaan Low Taek Jho atau Jho Low dan seorang pegawai kerajaan China yang tidak disebutkan nama.
Low adalah individu dikehendaki dalam kes skandal 1MDB. Beliau dituduh menyalurkan puluhan juta dolar sebagai sebahagian usaha mengugurkan kes 1MDB.
Ahli perniagaan diburu itu, yang dipercayai berada di China, menolak tuduhan dibuat terhadapnya.
Menurut laporan itu, Davis mengaku beliau membantu menyalurkan AS$8 juta kepada Broidy untuk “kempen” itu dan Low menawarkan bonus sebanyak AS$75 juta sebagai sebahagian daripada kontrak dengan firma guaman isteri Broidy jika kes 1MDB diselesaikan dalam tempoh 180 hari.
loading...
Dokumen dalam pengakuan bersalah Davis menunjukkan Broidy mengirim pesanan kepada bekas timbalan pengerusi kempen Trump, Rick Gates, dan ketua kakitangan Reince Priebus pada 2017 berhubung aturan lawatan untuk bekas perdana menteri Najib Razak dan kemungkinan sesi golf bersama Trump.
Najib melakukan lawatan itu tetapi tidak bermain golf dengan Trump. Menurut dokumen mahkamah itu lagi, pertemuan itu “adalah sebahagian daripadanya” supaya Najib boleh memaksa Trump mengakhiri kes 1MDB.
Sumber: FMT

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...