Guan Eng Cabar Tengku Zafrul Dedahkan Senarai Penerima - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Tuesday 25 August 2020

Guan Eng Cabar Tengku Zafrul Dedahkan Senarai Penerima


Bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng berkata pengecualian tender terbuka kerajaan dibenarkan oleh Kementerian Kewangan.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, di Kementerian Kewangan terdapat syarat-syarat tertentu yang dibenarkan untuk pengecualian proses tender terbuka.

“Pengecualian menggunakan kaedah tender terbuka oleh Kementerian Kewangan berpandukan garis panduan kerajaan yang dilampirkan jaitu tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan keselamatan negara (Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia), kepakaran khusus dan sebagainya.
“Kabinet juga boleh digunakan untuk proses rundingan terus, satu perkara yang nampaknya semua menteri-menteri “pengkhianat” sekarang sudah lupa,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Guan Eng berkata demikian menjawab pendedahan Menteri Kewangan Perikatan Nasional, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan PH.
Tengku Zafrul membangkitkan perkara itu ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat semalam.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata tender terbuka di zaman pentadbiran PH hanya melibatkan kos purata pada paras RM65.3 juta sahaja.
loading...
“Menteri Kewangan menyatakan 101 projek rundingan terus yang bernilai sebanyak RM6.6 bilion telah diluluskan Kementerian Kewangan Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan pentadbiran.
“Dalam kata lain, kos purata setiap projek rundingan terus di zaman PH adalah RM65.2 juta. Namun berapakah peratusan RM6.6 bilion ini berbanding dengan nilai keseluruhan di bawah PH? Jawapannya ialah 1.4 peratus,” kata Guan Eng.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu mendesak agar Tengku Zafrul mendedahkan senarai penuh 101 projek rundingan terus yang didakwa oleh beliau.
“Mengapa takut untuk berbuat demikian? Menteri Kewangan tidak harus menyembunyikan dan main sorok-sorok maklumat.
“Saya cabar dia dedahkan kesemuanya supaya rakyat boleh menilai dan membandingkan syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus,” desak Guan Eng lagi. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...