Adun Bersatu Juhari Bulat Speaker Baru DUN Kedah - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Monday 24 August 2020

Adun Bersatu Juhari Bulat Speaker Baru DUN Kedah


Adun Ayer Hangat Juhari Bulat hari ini dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baru.
Pelantikannya dibuat pada sesi persidangan DUN di Alor Setar bagi menggantikan Ahmad Kassim yang meletak jawatan pada 15 Ogos lepas.

Juhari sebelum ini merupakan timbalan speaker DUN bermula 4 Julai 2018 yang dilantik ketika pentadbiran PH.
Turut dilantik hari ini, Adun Pantai Merdeka Ahmad Fadzli Hashim sebagai timbalan speaker yang baru.
Terdahulu sidang DUN sedikit tegang apabila Ketua Pembangkang Phahrolrazi Mohd Zawawi mempertikaikan pelantikan speaker yang didakwa tidak mengikut prosedur yang betul.
Phahrolrazi mendakwa ahli dewan tidak menerima notis kekosongan jawatan speaker.
loading...
Sidang DUN kali ini yang berlangsung dua hari hingga esok adalah kali pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah yang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH pada Mei lepas.
Pada 17 Mei lalu, Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Kedah menggantikan Mukhriz Mahathir yang sebelum itu meletak jawatan susulan hilang sokongan majoriti Adun.
-Bernama

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...