PM UCAP TAHNIAH KEPADA KUMPULAN PENARI SABAH - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Tuesday 8 August 2017

PM UCAP TAHNIAH KEPADA KUMPULAN PENARI SABAH

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah sekali gus meletakkan harapan kepada kumpulan penari dari Sabah yang telah mengharumkan nama Malaysia pada pertandingan Tarian Piala Dunia di Jerman baru-baru ini untuk terus merekodkan pencapaian membanggakan.
Beliau berkata, kejayaan seumpamanya oleh rakyat negara ini di peringkat dunia merupakan gambaran sebenar keunikan kepelbagaian dan semangat perpaduan yang sentiasa menjadi asas dalam pembinaan negara bangsa.
Kata beliau, pada masa sama, ia menjadi kunci kepada kejayaan transformasi masyarakat negara ini secara ekonomi dan politik.
“Kumpulan penari ini telah memberikan kebanggaan kepada negara dengan memperoleh pingat emas dan Anugerah Pilihan Pengerusi pada pertandingan itu.
“Adalah sesuatu yang menggembirakan apabila melihat anak muda dari Kota Belud, Sabah dapat mengibarkan bendera Malaysia tinggi di pentas antarabangsa mengalahkan lebih 12,000 peserta lain dari 40 negara,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017, di sini hari ini.
Kumpulan penari itu yang bernaung di bawah Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (Tobisa) mempersembahkan tarian di hadapan Perdana Menteri sempena forum berkenaan.
Pada 4 Julai lalu, Matinin Sungkin, 17, daripada kumpulan Tobisa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, memenangi pingat emas bagi acara Junior Solo.
Seorang penari lagi, Mohd. Farihin Abdullah, 11, pula memenangi pingat gangsa dalam pertandingan sama.
- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...