Pemilihan Naib Presiden Bersatu: Pak Wan Tewas Di Tangan Timbalannya Sendiri - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Sunday 23 August 2020

Pemilihan Naib Presiden Bersatu: Pak Wan Tewas Di Tangan Timbalannya Sendiri

Foto Malay Mail
Pemilihan Bersatu yang melibatkan kira-kira 20,000 ahli menyaksikan sekurang-kurangnya seorang menteri kabinet dan beberapa tokoh terkemuka tewas dalam perebutan jawatan kepemimpinan tertinggi parti.
Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof gagal mendapat tempat salah satu daripada tiga kerusi naib presiden untuk penggal 2019-2022.

Ketua Bersatu Melaka itu tewas kepada timbalannya sendiri, Adun Paya Rumput, Mohd Rafiq Naizamohideen.
Redzuan juga gagal mengatasi cabaran dua rakan kabinet lain - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ronald Kiandee dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin - yang menang dua jawatan naib presiden itu.
Pada peringkat awal pemilihan parti, Redzuan telah kalah kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan ketua bahagian Bersatu Masjid Tanah. Redzuan yang juga ahli parlimen Alor Gajah sebelum ini adalah ahli Majlis Tertinggi Bersatu.
Dua bekas naib presiden Bersatu - Abdul Rashid Abdul Rahman dan Abdul Rashid Asari - juga gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pertandingan yang melibatkan 17 calon.
loading...
Ketua Bersatu Johor Mazlan Bujang juga tewas dalam persaingan itu.
Sementara itu, Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim dan Dr Muhammad Faiz Na'aman gagal mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi yang disandang sebelum ini.
Di Johor, bekas menteri besar Osman Sapian dan setiausaha Bersatu negeri, Solihan Badri, kedua-duanya juga tewas dalam pertandingan mendapatkan salah satu daripada 20 kerusi Majlis Tertinggi.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, masuk ke dalam senarai pemenang jawatan Majlis Terttinggi Bersatu. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...