MoF Sahkan Pembayaran US$2.5 Bilion Oleh Goldman Sachs - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Friday 28 August 2020

MoF Sahkan Pembayaran US$2.5 Bilion Oleh Goldman Sachs


Goldman Sachs Group Inc telah membuat pembayaran US$2.5 bilion (US$1=RM4.17) kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan tuntutan tertunggak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


“Kami mengesahkan bahawa US$2.5 bilion telah dibayar oleh Goldman Sachs dan diterima melalui akaun escrow pada 27 Ogos 2020," menurut jurucakap Kementerian Kewangan (MOF) kepada Bernama hari ini.
Akaun escrow adalah akaun di mana dana dipegang secara amanah manakala dua pihak atau lebih menyelesaikan transaksi.
Pembayaran tunai itu merupakan sebahagian daripada jumlah penyelesaian sebanyak US$3.9 bilion yang mana kumpulan itu telah bersetuju untuk menyelesaikan bayaran dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh bank Wall Street untuk 1MDB.
loading...

Bulan lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata baki sebanyak US$1.4 bilion akan dibayar selepas aset yang berkait dengan hasil diseleweng melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan.
Sebelum ini, kerajaan telah menerima sebanyak US$620 juta daripada Jabatan Kehakiman (DoJ)  Amerika Syarikat. Penyelesaian itu menjadikan dana 1MDB yang dikembalikan ke Malaysia berjumlah US$4.5 bilion.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...