Kuarantin: Menteri Tidak Terkecuali, Kata PM - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Monday 24 August 2020

Kuarantin: Menteri Tidak Terkecuali, Kata PM


Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.


Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.


“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dengan menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.


loading...
Berikutan itu, Mohd Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Beliau turut meminta maaf dan memulangkan gaji sebagai menteri selama empat bulan bermula Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...