‘FAKE NEWS’: KERAJAAN BERCADANG PERKENAL PERUNDANGAN KESALAHAN MENGHINA - MK News

Breaking

MK News

Politik,isu semasa,viral,berita terkini

Windows

Wednesday 15 February 2017

‘FAKE NEWS’: KERAJAAN BERCADANG PERKENAL PERUNDANGAN KESALAHAN MENGHINA


KUALA LUMPUR: Kebanjiran maklumat yang tidak tepat, palsu serta menyimpang dari kebenaran semakin membimbangkan dan boleh menjadi barah di dalam masyarakat Malaysia.
Menggunakan perkataan yang menjelikkan, memfitnah individu serta mengongsikan maklumat yang tidak tepat dilihat seakan-akan tiada titik noktah apatah lagi dengan perkembangan teknologi dan kepantasan jalur Internet yang ada di negara kita.
Baru-baru ini juga gempar apabila seorang insan istimewa dari Kelantan yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Tere ditahan polis akibat dari video yang dirakam dan dimuat naik di laman Facebook lalu menjadi tular dimana di dalam video berkenaan Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menyedari hakikat itu Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk perkenalkan kerangka perundangan bagi menjadikan perbuatan memuat naik kandungan bersifat menghina atau pemalsuan maklumat di dalam Internet sebagai satu kesalahan, lapor portal barisannasional.org.my.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata walaupun tindakan boleh diambil di bawah peruntukan akta sedia ada, kajian sedang dibuat mengenai keperluan memperluas peruntukan-peruntukan untuk merangkumi platform lain seperti portal berita dalam talian.
Katanya cadangan tersebut timbul selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai penyebaran kandungan berita palsu dan paparan menghina yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
“Cadangan melaksanakan kerangka perundangan itu perlu untuk mewujudkan suatu suasana persekitaran penggunaan internet yang lebih sihat demi kebaikan pengguna dan masyarakat,” kata SKMM dalam kenyataan baru-baru ini.
Menurut SKMM, pengguna juga dinasihat untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima sebelum dikongsi dalam media sosial.
“Sekiranya tidak pasti, rujuk terlebih dahulu maklumat yang diterima dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab,” katanya.
SKMM berkata pengguna juga boleh memainkan peranan dengan melaporkan berita-berita palsu kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Sumber: BeritaDaily

No comments:

Post a Comment

Loading...
loading...